BAB 3
"Penyakit leukemia!" bagaikan seketul batu besar menghempap kepala Anna apabila mendengar penjelasan dari ayahnya itu. Dia terduduk lesu di kerusi ruang menunggu itu. Isya terus dikejarkan ke Hospital Daerah, Hulu Sabah sebaik sahaja ditemui oleh Anna semalam. Hampir lima jam mereka menunggu keputusan dari doktor tentang penyakit Isya. Namun, semua penjelasan disambut dengan kesedihan. Ternyata Isya menghidap penyakit leukemia jenis limfoblastik (ALL). Walaupun leukemia dapat dikesan daripada kiraan darah periferi, namun pemeriksaan sumsum tulang mesti dilakukan sebelum penentuan penyakit dibuat. Pemeriksaan sinar-X dilakukan terhadap Kalisya untuk menentukan pembebasan nodus limfa mediastimum.
Suntikan demi suntikan yang Kalisya terima untuk mengesan sama ada penyakitnya itu sudah menular ke sistem saraf. Anna juga sudah tidak sanggup lagi melihat keadaan Isya seperti uji kaji itu. Kalisya akhirnya terpaksa ditinggalkan di hospital untuk pemeriksaan selanjutnya dan mendapatkan rawatan yang lebih rapi. Anna juga terpaksa kembali bersekolah memandangkan percubaan PMR tidak lama lagi akan bermula. Rakan-rakan sekelasnya sudah tentu ternanti-nanti berita tentang keadaan Isya.
"Penyakit leukemia!" kata Elly salah seorang rakan sekelas Anna yang menjadi pendengar setia cerita Anna itu. Zizah dan Wanie yang duduk di sebelah Anna pula terus mengucap apabila mendengar berita buruk itu. Sudah dua minggu Anna bercuti hari raya dan sepanjang itu jugalah Isya ditahan di hospital. "Teruk sangat ke penyakit dia tu?" soal Zizah dengan penuh minat. "Doktor kata..dia harus menerima rawatan kemoterapi terus-menerus memandang cara itu sahaja dijangka berjaya membawanya ke kadar remissi" jawab Anna tenang
Namun, selepas enam minggu kemudian penyakit leukemia Isya menunjukkan tanda-tanda akan berulang kembali. Anna difahamkan bahawa harapan yang terbaik untuk Isya sembuh ialah melalui pemindahan sumsum tulang. Ternyata, sangkaan Anna tepat setelah membuat beberapa kali ujian yang membuktikan sumsum tulang Anna sesuai dengan Kalisya. Akhirnya, dia boleh mendermakan sumsum tulangnya itu.
"Isya tengah sakit tenat" kata Puan Ainun kepada Anna. Anna yang khusyuk membaca buku di meja ruang tamu itu terkedu. Puan Ainun memberitahu anaknya bahawa Kalisya memerlukan pembedahan dan pemindahan sumsum tulang dengan segera. Tanpa banyak bicara, Anna terus mengikuti gerak ibunya ke Hospital Daerah. Anna sanggup berkorban masa dan jiwa untuk Isya. Baginya, nyawa setiap insan tiada tandingannya jika dibandingkan dengan apa-apa sekalipun.
"Innalillahiwainnailaihirojiun" kata Puan Ainun dan Pak Rahman apabila mendapat berita tentang kematian anak sulung Pak Rahman. Puan Ainun sudah menenangkan keadaan Mak Siti yang sedang menangisi pemergian anaknya itu. Tepat jam 2.20 petang mereka semua dikejutkan dengan kematian Kalisya. Ketentuan, ajal dan maut di tangan Tuhan. Anna yang mendengar berita itu sudah terduduk di bilik wad sambil memandang wajah Isya yang memucat.
Hasrat murninya untuk mendermakan sumsum tulangnya kepada Isya tidak kesampaian jua. Baginya, mungkin ada hikmah di sebalik kejadian ini. Kemudian, bisikan Kalisya terngiang-ngiang pada telinga Anna pada saat-saat akhir "Isya banyak menyusahkan An kan? Anna janji tahu... jangan pernah tangisi kepergian Isya. Isya minta maaf..jika Isya banyak melukakan hati An"
"An. An. Anna!" kata seseorang di sebalik buku yang Anna sedang pegang. Tangannya masih lagi tegak memegang buku rujukan yang tebal itu. Dia terkedu lalu meletakkan buku tersebut ke atas meja. Terpampang wajah Zizah dan rakan sekelasnya di hadapannya. Mungkin ini sudah takdir. Setelah kepergian Isya beberapa bulan yang lalu, Anna sudah memegang tekad untuk berpindah dari situ. Jika keputusan PMR yang dia perolehi baik, dia bertekad untuk bersekolah di sekolah lain. Baginya, memori bersama Isya di kampung itu sudah menjadi kenangan buatnya.
"Ya Allah, terima kasih. Jagalah dirinya sebagaimana engkau menjaga diriku" bisik Anna di dalam hati. Tidak putus-putus Anna memanjatkan doa pada Ilahi atas kesejahteraan orang yang dia sayangi.
"Anna, jomlah pergi" ajak Elly yang sekali lagi mematikan lamunannya. "Ha'a. Tak sabarnya" kata Zizah di sebelah Elly pula. "Jom lawan..siapa paling rendah keputusan dia mesti belanja" cabar Elly dengan selamba. Anna yang mendengar perbualan rakannya itu hanya tersenyum manis. "Ishh..mana boleh macam tu. Siapa tinggi keputusan dialah yang belanja" bangkang Zizah pula. "Eh, dah..dah. Jom pergi nanti ramai pula pelajar lain datang" kata Wanie sebagai ketua kelas 3 Khas. Kelihatannya, beberapa orang rakan sekelasnya yang lain sudah berjalan.
Hari ini, mereka semua akan melihat keputusan PMR masing-masing di sekolah. Tidak putus-putus juga Anna berdoa agar keputusannya cemerlang begitu juga dengan rakan-rakannya yang lain. "Norlianna. Jomlah" panggil Wanie yang sudah berjalan jauh di hadapan.
Tanpa membuang masa, Anna terus mengorak langkah mengikuti tiga orang rakan sekelasnya itu. Dia tersenyum manis sambil memandang gelagat rakan-rakannya masing-masing. D...ngan langkah yang pantas, mereka melangkah menuju ke arah dewan sekolah. Biarlah semua memori tentang dia dan dirinya tinggal kenangan. Satu kenangan yang dia takkan lupakan sampai bila-bila...
(761 Words)
So, that's all. This is the final part! Thanks for read my short story and sorry for the mistakes that I made coz i'm still new in this. Thanks (^_^)
