PROLOG
Buat kali yang terakhir, Anna merenung kuburan sahabat baiknya itu sebelum melangkah pergi dari situ. Rasanya baru semalam dia dipertemukan dengan Isya namun takdir mereka tidak berkekalan dan Isya telah pergi meninggalkannya. Anna sudah mengambil keputusan. Dia rasa itulah keputusan yang terbaik buat dirinya. Anna tidak mahu perasaannya menjadi lemah oleh kenangan. Baginya, kehidupan ini perlu diteruskan. Hatinya telah bertekad...
BAB 1
Tap!
Perlahan-lahan gadis bertudung biru itu menutup kitab suci Al-quran. Dia mengucup kitab itu sebelum membaca doa sesudah habis membaca surah Yasin. Kemudian, dia terus membersihkan pusara yang dipenuhi dengan lalang di hadapannya itu.
"Semoga Isya tenang di sana" luncur perkataan itu keluar dari bibir manis si gadis berkacamata. Dia tersenyum manis memandang pusara yang masih merah. Kepergian gadis itu telah menyedarkan dirinya untuk hidup berdikari.
"Halalkan makan dan minum Anna tahu...Anna janji yang An takkan menangisi kepergian Isya. Anna janji" katanya perlahan-lahan. Encik Zakuan yang berada di sebelah Anna hanya tersenyum hambar mendengar kata-kata anak tunggalnya itu manakala Puan Ainun yang berada di samping suaminya sudah berlinangan air mata. Rasa sayu hatinya mendengar penjelasan anaknya itu.
Buat kali yang terakhir, Anna merenung kuburan sahabat baiknya itu sebelum melangkah pergi dari situ. Rasanya baru semalam dia dipertemukan dengan Isya namun takdir mereka tidak berkekalan dan Isya telah pergi meninggalkannya. Anna sudah mengambil keputusan. Dia rasa itulah keputusan yang terbaik buat dirinya. Anna tidak mahu perasaannya menjadi lemah oleh kenangan. Baginya, kehidpuan ini perlu diteruskan. Hatinya telah bertekad.
Lamunannya terus terhenti apabila bunyi hon kereta kedengaran di cuping telinga. Dia memandang ibu dan ayahnya sudah menunggunya di dalam kereta. Dia tersenyum manis sambil memandang hambar pusara yang semakin jauh darinya. Dia bertekad untuk tidak menangisi kepergiannya lagi. Tak akan! Dengan langkah yang perlahan Anna terus ke kereta ayahnya yang terpakir di tepi pagar. Kemudian, kereta tersebut meluncur laju meninggalkan tempat tersebut.
Terasa angin dingin menerpa ke arah tubuhnya berkali-kali namun ia tak sedingin hatinya sekarang. Perlahan-lahan Anna merenung keluar tingkap kereta dan ke dada langit yang mula diselebungi oleh awan gelap.
"Hujan" katanya sambil melihat beberapa titisan air hujan jatuh bercucuran di bumi bertuah itu. Tetapi dia merasa dirinya taklah sebertuah bumi yang dikelilingi oleh matahari dan bulan, menjadi sahabat sejati buat selama-lamanya. Namun, tuah itu tak pernah lekang jauh dari hidupnya kerana kehadiran sahabat istimewanya itu. "Terima kasih Ya Allah. Engkau telah kurniakan diriku seorang sahabat yang baik. Alhamdulillah" bisik Anna di dalam hati.
Tiba-tiba, memorinya kembali berputar mengenangkan detik-detik yang begitu mendebarkannya apabila ayahnya ditempatkan untuk mengajar di Kampung Pasir, Hulu Sabah dan mereka sekeluarga terpaksa mengambil keputusan untuk berpindah ke Kampung Pasir memandangkan rumah mereka di Kota Kinabalu agak jauh dari situ.
Bukan itu sahaja, Anna pula terpaksa mengikuti kehendak ayahnya untuk bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Dahlia iaitu tempat dimana ayahnya mengajar. Terasa Anna tercabar untuk menempuhi dugaan dengan tinggal di kawasan pedalaman itu.
Namun, tinggal di kawasan pedalaman bukanlah susah dan tempoh untuk menyesuaikan diri taklah kekok sangat memandangkan semua penduduk kampung peramah dan mesra. Kemesraan Anna dan Isya juga mula terjalin semenjak Anna bertemu dengan Isya di pantai Tenggiri Kampung Pasir buat kali pertama. Semenjak itu, Anna dan Isya mula bersahabat baik dan sering bertemu pada hujung minggu.
(458 words)
Thanks sbb sudi baca. Please leave a comment. And, sambungan bab 2 will be next page... :)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan